Madrasah Anwar Al Batul

Madrasah Anwar Al Batul ditubuhkan pada 15 Februari 2015 bersamaan dengan 26 Rabiul Akhir 1436H. Memandangkan Madrasah Anwar Al Batul adalah cawangan kepada Dar Az-Zahra maka segala sistem pembelajaran disusun sepenuhnya mengikut sistem Dar Az-Zahra, Hadramawt, Yaman. Dar Az-Zahra terletak di tengah-tengah Kota Tarim, dan dianggap sebagi salah satu institusi keilmuan yang disanjung tinggi, Khusus untuk wanita bagi kajian Sains Islam, ia bersepadu dengan aktiviti ibadah, dan latihan dakwah khusus oleh para ulama yang ilmu dan keturunannya itu berbalik kepada keturunan Nabi Muhammad ﷺ.

Sistem Pembelajaran

Ilmu

Pembelajaran Agama Islam daripada ilmuwan yang bersanad dan berketurunan terus kepada Nabi Muhammad ﷺ

Tazkiyah

Membantu membersihkan hati dan jiwa, dan memperbaiki adab dan watak pelajar dengan mengamalkan sunnah dan akhlak Nabi Muhammad ﷺ

Dakwah

Menyediakan peralatan dakwah yang sesuai dengan menggunakan kaedah-kaedah Nabi Muhammad ﷺ yang mencakupi sikap rahmah dan belas ihsan