Biografi Pengasas

Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, lebih dikenali dengan nama Habib Umar bin Hafidz.

Dilahirkan sebelum waktu subuh pada hari Isnin 4 Muharram 1383H bersamaan 27 Mei 1963 didaerah Tarim, Hadramawt, Yaman.

Beliau merupakan keturunan yang ke-39 dari baginda Rasulullah SAW melalui salasilah Saidina Husin r.a bin Ali bin Abi Tholib dan Sayidah Fatimah Az Zahra binti Muhammad Rasulullah.

Ayahandanya Al Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz seorang ulama’ besar dizamannya yang tidak pernah kenal lelah untuk menegakkan kalimah-kalimah Allah dimasanya yang terkenal dengan kezaliman penguasanya.

Al Habib Umar banyak mengambil ilmu dari ayahandanya yang juga seorang mufti sehingga beliau mencapai usia 9 tahun, dimana ayahandanya diculik oleh puak komunis yang berkuasa pada waktu itu dan sejak itu juga tidak diketahui lagi khabar beritanya.

GURU-GURU BELIAU

Sepeninggalan ayahandanya, beliau banyak menimba ilmu dari abang beliau, Al Habib Ali Mayhur yang merupakan Mufti Tarim, juga dari para ulama’ besar dizamannya khususnya:

  • Al Allamah Al Habib Muhammad bin Alwi bin Syahab
  • Al Habib Ahmad bin Ali bin Syeikh Abu Bakar
  • Al Habib Abdullah bin Syeikh Idrus
  • Al Habib Abdullah bin Hasan Balfaqeh

PENDIDIKAN

Setelah dewasa,beliau melanjutkan pelajarannya di kota Baidho’, Yaman Utara dipondok Al Habib Muhammad bin Abdullah Al Haddar lebuh daripada 10 tahun.
Pada tahun 1402H/1982 beliau mula merantau menimba ilmu dan bermusyafaqah dengan ulama’ Haramain, diantaranya:
Al Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al Haddad
Al Habib ‘Atthos bin Abdullah Al Habsyi
Al Habib Abdul Qadir bin Ahmad As Saggaf
Beliau juga pernah mendapatkan ijazah sanad daripada Al Musnid As Syeikh Muhammad Yasin Al Fadani dan Muhaddis Haramain As Sayyid Dr Muhammad bin Alawi Al Maliki.

SUMBANGAN DIDALAM DAKWAH

  • Dakwah beliau telah menyebar luas di seluruh penjuru dunia.
  • Beliau pernah menghadiri muktamar-muktamar diperingkat dunia, antaranya Universiti Al Azhar,  Mesir pada tahun 2002.
  • Menghadiri Multaqa Ulama’ Sedunia di Malaysia pada Jun 2003.
  • Mengasaskan Pusat Pengajian Darul Musthofa dikota kelahirannya yang banyak dikunjungi para pencinta ilmu dari serata dunia. Darul Musthofa kini telah memiliki cawangan di serata dunia termasuklah Malaysia iaitu Madrasah At Tazkiyah.