Pengenalan Dar al-Zahraa
Prinsip Dar al-Zahraa
Terdirinya Dar al-Zahraa di atas tiga prinsip
Memperoleh serta mentahkik ilmu-ilmu syariah berserta ilmu-ilmu alatnya dengan cara mempelajarinya dan mengambilnya dengan sanad yang bersambung daripada para guru yang bersambung dengan para guru sebelumnya yang mantap ilmunya dengan sanad-sanad mereka yang bersambung kepada imam-imam yang besar sehinggalah kepada sumbernya yang pertama iaitu Sayidina Rasulullah ﷺ.
Penyucian jiwa, pembersihan sifat, mendidik akhlak, pengukuhan suluk serta menghiasi diri dengan adab-adab nabawi sebagai jalan yang lurus dan benar untuk menuju kepada Tuhan yang selayaknya disembah.
Menyebarkan dakwah untuk menuju kepada Allah Azzawajalla, kepada kitab-Nya dan kepada sunah Rasul-Nya dengan jalan rahmat, ketulusan, keluasan, pendekatan, penyatuan, kemesraan, sangka baik, kesabaran, menanggung beban, menerima keuzuran, keteguhan, keazaman serta amal yang berterusan.
Maka jelaslah bahawa prinsipnya secara ringkas ialah memperoleh ilmu yang diambil daripada ahlinya, beramal dengannya mengikut cara yang benar dan berdakwah untuk menuju kepada Allah dengan sebenar-benarnya.