fbpx

Ibu Mithali

Rahsia Mendidik Anak Soleh

Setiap ibu memiliki potensi untuk menjadi Ibu Mithali. Daurah eksklusif ini akan membimbing Ibu melalui setiap langkah, membuka rahsia mendidik anak dengan cinta dan hikmah

Objektif Daurah

Mengenali Ciri-ciri Ibu Mithali:

Daurah ini bertujuan untuk membantu para ibu mengenali dan memahami hakikat sebenar ciri-ciri Ibu Mithali dalam mendidik dan mentarbiyah anak-anak dari kecil.

Peserta akan dibimbing secara dekat untuk mempraktikkan cara-cara mendapatkan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan sehari-hari.

Memahami Hakikat Tarbiyah:

Sesi ini akan membimbing ibu-ibu untuk mengetahui hakikat sebenar cara tarbiyah dan bahagian-bahagiannya.

Ini penting agar proses pendidikan anak-anak selari dengan syariat yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w., memastikan pendidikan yang holistik dan berlandaskan nilai-nilai Islam.

Mempelajari Amalan Zikir & Doa:

Daurah ini juga memberikan kesempatan untuk mempelajari dan mengetahui amalan-amalan zikir dan doa dari para salafussoleh terdahulu.

Ini bertujuan untuk membantu proses mentarbiyah anak-anak, sehingga mereka tumbuh menjadi individu yang soleh, beradab, dan berakhlak, serta memiliki potensi untuk menjadi ulama yang tersohor.

Meredah Kebenaran Kesukaran Mendidik Anak dan Kepentingan Peranan Ibu dalam Pembinaan Ummah

Kehilangan nilai kekeluargaan dan peranan ibu yang semakin pudar dalam keluarga.

Daurah ini akan mengembalikan dan memperkuat peranan ibu dalam keluarga melalui teknik dan panduan mendidik anak yang efektif dan sesuai mengikut syariat Islam. InsyaAllah

Terjadinya keruntuhan nilai pendidikan dalam keluarga yang terkesan pada perkembangan anak.

Daurah ini akan membahaskan hakikat cara tarbiah sebenar dalam mendidik anak- anak, mudah dipraktikan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah

Pengaruh negatif melalui media sosial yang dapat meruntuhkan kewibawaan seorang ibu.

Daurah ini akan membantu Ibu dengan pengetahuan untuk melindungi anak dari pengaruh buruk dan membimbing mereka dalam memilih tokoh ikutan yang baik. InsyaAllah

Kesalahan dalam mendidik anak dari kecil yang mengakibatkan kesan negatif.

Daurah ini akan membantu ibu untuk memberi kesan yang baik dan memperbaiki kaedah pendidikan, serta memberikan bantuan dan motivasi untuk mengatasi kesalahan masa lalu. InsyaAllah

Kesusahan dalam membangun komunikasi yang efektif dengan anak, yang penting untuk menjaga nilai kekeluargaan.

Daurah iniakan memberi tunjuk ajar teknik komunikasi yang efektif untuk memperkuat hubungan antara ibu dan anak dan menjaga keharmonisan keluarga. InsyaAllah

Kurangnya rujukan dan contoh dalam mendidik anak yang boleh mengakibatkan hilangnya peranan ibu.

Daurah ini akan menyediakan contoh dan kisah nyata Ibu Mithali sebagai inspirasi dan panduan dalam mendidik anak menjadi soleh. InsyaAllah

Tentangan dalam mengimbangi peranan sebagai ibu yang dapat merobohkan nilai kekeluargaan.

Daurah ini menunjukkan cara menguruskan waktu dan tenaga agar ibu dapat memenuhi berbagai peranan supaya seimbang dan menjaga nilai kekeluargaan.

Kerisauan tentang masa depan anak yang tidak mempunyai akhlak dan adab yang baik.

Daurah ini akan memberikan panduan dan doa khusus untuk membantu ibu dalam mentarbiyah anak-anak agar tumbuh menjadi generasi yang berakhlak dan beradab.

Dengan menghadiri daurah ini, ibu-ibu akan mendapatkan bimbingan dan ilmu yang diperlukan untuk mengatasi segala permasalahan dalam proses mentarbiah anak-anak serta memastikan bahawa peranan ibu tetap kuat dan berpengaruh dalam keluarga.

Biodata Penceramah

Hubabah Ummu Assidiq

Hubabah Ummu Assidiq, seorang wanita yang bernasab mulia dari keturunan Rasulullah s.a.w, merupakan keturunan ulama tersohor, Syeikh Abu Bakar Bin Salim. Beliau menghabiskan masa kecilnya di perkampungan Seihud, negeri Al-MAHARA, Yaman. Kini, beliau telah berumahtangga dan dikurniakan lima orang cahaya mata, menjadi isteri yang setia kepada Ulamak yang dikenali iaitu Al Habib Mahdi bin Abu Bakr al Hamid.

Sejak muda, Hubabah Ummu Assidiq telah mendalami ilmu bersama ayahanda tercinta, Habib Mohammed Mahdi bin Ahmad Al-Hamid, dan menghabiskan 13 tahun bersama Al Habib Umar bin Hafidz untuk pendidikan khusus dan tarbiyah. Beliau juga merupakan alumni Madrasah Al-Muwahadah. Setelah berumahtangga, beliau dan suaminya berhijrah ke Tarim, mengabdikan diri dalam pengajaran dan pengajian di Dar Zahra selama 15 tahun.

Beliau diberkati dengan bimbingan dari guru-guru mulia seperti ayahnya, Habib Mohammed Mahdi bin Ahmad Al-Hamid, Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz, Hubabah Ummu Salim, dan beberapa guru lain di Dar Zahra.

Di Yaman, beliau aktif dalam dakwah dan kemasyarakatan, menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Al-Biah Al-Mustofawiyah yang diasaskan oleh Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz. Di Malaysia, beliau memegang peranan penting sebagai Pengetua di Madrasah Anwar Al Batul, Subang Bestari, Shah Alam dan Mudirah di Madrasah & Tadika Al-Mustofa House, Denai Alam.

Hubabah Ummu Assidiq telah menginspirasi banyak hati melalui majlis-majlis dakwah yang diatur di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan. Beliau terus berdedikasi untuk menyebarkan cahaya ilmu dan kebaikan di tanah air kita.

Dengan kehadiran dan bimbingan Hubabah Ummu Assidiq, kami yakin daurah ini akan menjadi sumber ilmu yang berharga dan memberi inspirasi kepada kita semua.

Maklumat Daurah

๐Ÿ•Œ Tempat:

Daurah ini akan diadakan di Yayasan Restu, Shah Alam, sebuah tempat yang kondusif dan selesa, InsyaAllah anda semua dapat berkumpul dan berdiskusi dengan tenang dan fokus.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh & Masa:

Dengan hati yang terbuka, kami mengundang anda untuk bersama-sama kami pada 21 Okt 2023 / 6 RabiulAkhir 1445, mulai dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Inilah peluang untuk bersama dalam suasana yang penuh berkat dan berilmu.

Yayasan Restu,
Shah Alam

Kami sangat berharap kehadiran anda pada hari tersebut, semoga kita dapat bersama-sama memperoleh manfaat dan keberkatan dari ilmu yang akan diberikan. Terima kasih dan jumpa di sana!

Tentatif Daurah:

๐ŸŒฟ 8.30 pagi – 9.00 pagi: Selamat datang! Sesi untuk pendaftaran dan persiapan hati sebelum memulai perjalanan ilmu.

๐Ÿ“š 9.00 pagi – 9.45 pagi: Daurah Sesi Pertama – Mari kita mulai hari dengan pembukaan ilmu yang memperkaya dan memperdalamkan pemahaman kita.

โ˜• 9.45 pagi – 10.00 pagi: Waktu Rehat & Sarapan – Seketika untuk meregangkan badan dan menikmati sarapan ringan yang telah disediakan.

๐Ÿ–ฅ๏ธ 11.00 pagi – 11.15 pagi: Pembentangan Slide – Untuk lebih memahami dan konsepย  ilmu yang disampaikan.

๐Ÿ“– 11.15 pagi – 12.00 tengahari: Sesi Ketiga – Kita akan meneruskan dengan pembahasan yang lebih mendalam dan berkesan.

๐Ÿ’ฌ 12.00 tengahari – 12.30 tengahari: Sesi Soalan & Makluman – Saat untuk berkongsi fikiran, mengajukan persoalan dan mendapatkan jawapan yang tepat. InsyaAllah

๐ŸŒŸ 12.30 tengahari: Bersurai – Waktu untuk berpisah, namun semangat dan ilmu yang kita perolehi hari ini akan tetap bersama kita.

Sudut Bilik Seminar

Semoga dengan kehadiran Anda, daurah ini akan menjadi lebih ceria dan bermanfaat. Sampai jumpa di sana!

Nota / Peringatan Kasih Sayang :

Mohon kerjasama dari para peserta untuk tidak membawa bersama anak-anak supaya ibu-ibu dapat fokus semasa daurah dan juga adalah kerana nasihat atau kalam yang kita berikan semasa daurah adalah berkenaan anak-anak.

Jadi tidak berapa sesuai bagi anak-anak mendengarnya. Guru kami berkata, ini juga merupakan salah satu cara tarbiyah.

DILARANG mengambil gambar, merakam suara, audio dan video sepanjang sesi daurah.

Borang Pendaftaran

Daurah ini khas dan khusus untuk para ibu serta bakal ibu sahaja.ย ย ย 

InsyaAllah.ย  Jumpa anda di sana!