Untuk pendaftaran boleh buat secara online di website Madrasah Anwar Al Batul seperti berikut: www.anwaralbatul.edu.my
Setelah pendaftaran dibuat secara online,pihak madrasah akan hubungi untuk hadir interview. Pelajar akan dipanggil interview berdasarkan tarikh pada poster yang kami keluarkan untuk pendaftaran. Sekian terima kasih.
Pendaftaran akan dibuka setahun 2 kali,di pertengahan tahun dan hujung tahun.
Bagi pelajar yang baru mendaftar akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM1000+ berserta bayaran bulanan sebanyak RM500 = RM1500. Dan bayaran untuk bulan seterusnya RM500 tiap2 bulan sehingga para pelajar selesai belajar di madrasah ini.
Setelah para pelajar selesai pengajian di Anwar Al Batul,pihak madrasah akan menghantar para pelajar ke MADRASAH DARUZZAHRA di Tarim,YAMAN untuk meneruskan pengajian mereka.
Untuk yang berumur 13-16 tahun,tempoh pengajian selama 3 tahun. Untuk yang berumur 17-30 tahun,tempoh pengajian selama setahun. Bagi yang mengambil pengajian khas tahfiz,tempoh pengajian selama 2 tahun.
Kami mengambil pelajar dari umur 13 tahun hingga 30 tahun.
Pengajian di Anwar Al Batul adalah merupakan pengajian syariah,seperti FEQAH,NAHU,ADAB,TAUHID,SOROF. Kami juga mengadakan pengajian khas tahfiz[HAFAZAN ALQURAN].