Pengenalan Madrasah

Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta dan selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Nabi kita Muhammad ﷺ, keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka yang penuh keberkatan..

Madrasah Anwar Al Batul ditubuhkan pada 15 Februari 2015 bersamaan dengan 26 Rabiul Akhir 1436H. Memandangkan Madrasah Anwar Al Batul adalah cawangan kepada Dar Az-Zahra maka segala sistem pembelajaran disusun sepenuhnya mengikut sistem Dar Az-Zahra, Hadramawt, Yaman. Dar Az-Zahra terletak di tengah-tengah Kota Tarim, dan dianggap sebagi salah satu institusi keilmuan yang disanjung tinggi, Khusus untuk wanita bagi kajian Sains Islam, ia bersepadu dengan aktiviti ibadah, dan latihan dakwah khusus oleh para ulama yang ilmu dan keturunannya itu berbalik kepada keturunan Nabi Muhammad ﷺ. Madrasah ini merupakan cawangan pertama Dar Az-Zahra, Tarim di Malaysia khas untuk muslimah. Madrasah Anwar Al-Batul kini sudah berada di Malaysia hampir 5 tahun dan mempunyai pelajar seramai 81 orang.

Silibus dan pengajian di sini sama seperti yang diajarkan di Dar Az-Zahra. Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Dar Az-Zahra, seeloknya perlu menuntut ilmu dan persediaan di Madrasah Anwar Al-Batul. In sha Allah Madrasah Anwar Al-Batul akan mengambil lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

Sistem Pembelajaran