Peraturan Madrasah

A.KEDATANGAN HARIAN
  • Pelajar dikendaki hadir ke setiap kelas atau program rasmi dan tidak dibenarkan
    keluar dari madrasah kecuali diambil oleh ahli keluarga atau wakil keluarganya
    (dengan keterangan) atau sebab-sebab tertentu yang munasabah setelah
    mendapatkan keizinan daripada pihak madrasah melalui prosedur yang telah
    ditetapkan.

  • Pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas atau program rasmi kerana sakit atau sebab-sebab tertentu, ibubapa/penjaga mestilah menulis surat atau memberi makluman kepada mudir/pentadbir dengan menyertakan salinan ‘sick certificate’/MC.

  • Pelajar yang sakit ketika dalam kelas, asrama atau program luar madrasah hendaklah melaporkan kepada warden atau ustazah.

  • Pelajar yang tidak lulus peperiksaan atau tidak dapat menunjukkan rekod disiplin dan kedatangan yang baik tidak akan dinaikkan darjah atau peringkat pendidikan pada tahun berikutnya.

  • Pelajar yang tidak hadir satu mata pelajaran dalam jadual dikehendaki menunjukkan sebab ketidakhadiran dan jika ia didapati tidak hadir tanpa
    sebab-sebab yang munasabah, dia akan diberi peringatan tegas oleh pihak madrasah dan dicatat sebagai tidak hadir pada hari itu. Pihak madrasah
    tidak akan bertanggungjawab terhadap pelajar yang meninggalkan madrasah tanpa kebenaran.

  • Pelajar yang lambat melaporkan diri kemadrasah selepas cuti akan dikenakan tindakan.

B- PAKAIAN
  • Pelajar tidak dibenarkan memakai kaca mata hitam atau kanta mata yang berwarna.

  • Dilarang membawa, menyimpan dan memakai topi dan seluar jean.

  • Pihak madrasah berhak merampas segala pakaian yang tidak mematuhi etika berpakaian.

  • Pelajar tidak dibenarkan berkuku panjang atau mewarnakannya.

  • Di asrama : Baju labuh yang berlengan panjang dan sentiasa memakai seluar panjang.

  • Dibenarkan memakai t-shirt muslimah dan skirt.

  • Sentiasa memakai tudung kecil.

  • Di kelas : Jubah hitam kosong dan tudung putih kosong.

  • Di luar madrasah : Jubah hitam kosong, tudung hitam labuh (paras pinggang), berpurdah dan memakai stokin.

C- RAMBUT
  • Menjaga kebersihan, kerapian dan kesihatan rambut.

  • Dilarang mewarnakan dan membotakkan rambut.

  • Pihak madrasah berhak mengambil tindakan memendekkan rambut yang berkutu.

D- LARANGAN
  • Memiliki atau membawa radio, telefon bimbit, MP3, tablet, kamera, dan segala alat elektronik.

  • Membawa alat solek, pewarna rambut dan kuku, pelembab bibir yang berwarna.

  • Membawa dan menyimpan objek, gambar-gambar,risalah dan bahan-bahan lucah.

  • Merosak dan mencuri harta benda madrasah dan penghuni madrasah yang lain.

  • Melibatkan diri dalam sebarang kegiatan sosial dan kebudayaan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan adab dan ajaran Islam.

  • Membawa majalah hiburan dan segala artikel yang tidak sopan.

  • Melibatkan diri dengan perkara yang berunsur politik, ekstrimis dan subversive.

  • Membawa masuk makanan dan minuman keasrama dan makan dan minum didalamnya.

  • Berada diasrama pada waktu yang dilarang tanpa kebenaran.

  • Pelajar yang membawa barang larangan akan dikenakan tindakan :
    1- Kali pertama : Barang larangan akan diserahkan pada ibubapa dan nama pelajar dalam perhatian madrasah.
    2- Kali kedua : Pelajar akan digantung kelas selama seminggu di madrasah sambil melakukan khidmat madrasah.
    3- Kali ketiga : Pelajar akan diberhentikan serta-merta dari madrasah.

E- MAKAN DAN MINUM
  • Makan dan minum ditempat dan waktu yang ditetapkan.

  • Melakukan adab-adab makan seperti membaca doa sebelum dan selepas makan dan sebagainya.

  • Bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dan dapur.

  • Tidak dibenarkan memasak kecuali dengan keizinan.

  • Tidak membawa keluar makanan, minuman, peralatan dapur seperti pinggan, gelas, sudu dan lain-lain tanpa pengetahuan dan keizinan pihak madrasah.

F- BILIK ASRAMA
  • Sentiasa mengawasi kebersihan bilik dengan memastikan bilik kemas dan teratur sebelum meninggalkan asrama.

  • Meletakkan pakaian seperti baju, seluar, tuala dan seumpamanya pada tempat yang telah disediakan dan hendaklah sentiasa bersih.

  • Tidak dibenarkan menampal, melekat gambar-gambar yang tidak sesuai dan menconteng dinding asrama.

  • Di larang baring atau tidur di katil pelajar lain. Kegagalan akan diambil tindakan sewajarnya.

  • Hendaklah berada di bilik tidur sebelum atau pada jam 10.30 malam dan dilarang berada diluar bilik selepas waktu tersebut.

  • Di larang masuk ke bilik lain.

G- PELAWAT
  • Tidak dibenarkan melawat dan membawa pelajar keluar selain dari waktu yang ditetapkan.

  • Penjaga asrama berhak tidak membenarkan pelawat yang diwakilkan oleh ibubapa untuk berjumpa penghuni asrama.

  • Pelawat tidak dibenarkan masuk ke bilik asrama pelajar.

  • Ibubapa yang ingin membawa pelajar bertemu doktor untuk pemeriksaan bulanan (medical check up), perlu membawa surat temu janji dari doktor berkenaan yang menyatakan tarkh pemeriksaan kedua jika ada pemeriksaan susulan.

  • Waktu ziarah : 2 minggu sekali . Jam 8 pagi – 6 petang.

  • Waktu outing : Sebulan sekali . Jam 8 pagi – 6 petang kecuali jika ada perjumpaan ibu-ibu, masa akan diberitahu semula.

  • Sekiranya gagal mematuhi peraturan di atas, pihak madrasah akan mengambil tindakan dengan tidak membenarkan pelajar keluar pada outing yang akan datang.

H- TELEFON
  • Ibubapa dibenarkan menelefon pelajar pada setiap minggu hari Ahad pada waktu
    yang berikut :-
    – 8.00  pagi – 12.00 tengahari
    – 2.30 petang – 6.00 petang

  • Ibubapa hanya dibenarkan menelefon pelajar sekali sahaja dalam masa 15 minit paling lama untuk bercakap dengan pelajar.

  • Pelajar dan ibubapa hendaklah memberi kerjasama dengan mencatit dulu perkara yang penting agar tidak melebihi dari tempoh waktu yang ditetapkan.